Thursday, March 29, 2012

Latihan Separa Perubatan: TIPS Temuduga!


CONTOH-CONTOH SOALAN:

SOALAN RAMALAN SPESIFIK MENGIKUT LATIHAN
1- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Pembedahan Pergigian
2- Latihan Jururawat Masyarakat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat Masyarakat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat Masyarakat
3- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Kesihatan Awam
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Kesihatan Awam
4- Latihan Jururawat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat
c) Sebutkan beberapa etika sebagai seorang Jururawat?

SOALAN RAMALAN UMUM UNTUK LATIHAN SEPARA PERUBATAN
1. Boleh perkenalkan diri anda?
2. Mengapa anda memohon jawatan ini?
3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
4. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu   anda mengatasi kelemahan tersebut?
5. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
6. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
7. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
8. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
9. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
10. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
11. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
12. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
13. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
14. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
15. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
16. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
17. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
18. Apakah tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini?
19. Siapakah Menteri Kesihatan?
20 .Kempen apa yang menteri kesihatan pernah buat?
21. Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
22. Boleh ceritakan serba sedikit penyakit yang anda tahu?
23. Bagaimana kita boleh mencegah Denggi?
24. Apakah faktor yang boleh menghindarkan kita dari terkena keracunan makanan?
26. Siapakah Menteri Kewangan ke-2
27. Apa itu integriti?
28. Apa yang anda faham mengenai konsep 1 Malaysia?
29. Apakah nama klinik rakyat yang disedikan oleh kerajaan?
30. Bagaimana cara yang betul mencuci tangan?
31. Apa itu selsema burung?
32. Bagimana cara untuk kita menambah kesedaran kepada orang ramai tentang cara bagi menhindarkan sesuatu penyakit?
33. Apa yang anda faham tentang bidang tugas yang anda mohon?
34. Adakah anda bersedia sekiranya dihantar bertugas ke sabah sarawak (bagi mereka yang dari semenanjung) / ke semenanjung (bagi mereka yang dari sabah sarawak)?
35. Ada apa-apa lagi yang anda ingin tanya?


Buat para calon yang bakal menghadapi temuduga serta yang sedang menunggu keputusan bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan ini, mudah-mudahan anda berjaya serta tercapai segala apa yang diinginkan. Semoga Berjaya…!


0 comments:

 

This is a story about a girl named Lala... | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by Your Name :)